Sabtu, 12 September 2009

problem lagi.....
Aduh....masaalah tahunan kembali lagi.
aku rasa bukan aku yang hadapi masaalah, kalian pun same kan! bila tiba hari raya poket yang besar-besar jadi kecik secara tiba-tiba, boleh dikatakan setiap dari kita buat persiapan hari raya berdasarkan kepada kemampuan masing-masing, tapiii...ade jgak yang tergelincir sampai terpaksa berhutang sana-sini, semata-mata memenuhi keperluan yang di minta oleh hati dan perasaan kita sendiri. betul kata pepatah ikut hati - mati, ikut rasa kita boleh binasa. Dalam sedar atau tidak itu kesilapan yang sering kita lakukan. Di Hari raya kita nak sentiasa kelihatan sempurna semuanya, dari segi makan minum, pakaian, perabut rumah dan sebagainya...sampai sanggup berhuuutaaggg....., padahnye....terpaksa tanggung huntang sampai 5-6 tahun...
itulah sikap kita yang selalu di kawal oleh nafsu. Nafsu yang membuatkan fikiran kita buntuuu.... Ape pun untuk dikongsi bersama, pandai-pandai lah...kita mengawal poket kita, agar kita tidak di timpa masaalah yang berpanjangan. Cukup sekadar yang termampu, dan bersederhana dalam setiap perbuatan. Aku selalu pesan kat anak-anak, ringan-ringankan tangan, masukkan duit dalam celeng, untuk bekalan waktu-waktu kecemasan.

BERITA

Mat rempit pertama dipenjara 20 bulan

SEREMBAN – Seorang pemuda, di sini menjadi mat rempit pertama yang dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah menunggang motosikal dalam keadaan melulu dan berbahaya, kira-kira empat tahun lalu.

Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Jusman Ahmad, berkata tertuduh Jaini Jani, 26, seorang buruh didapati melakukan kesalahan itu pada 12 Februari 2005.

Menurutnya, tertuduh ditahan pada jam 1.20 pagi semasa merempit di Persiaran Sena:wang antara lampu isyarat di stesen minyak Esso hingga Taman Matahari Height.

“Tertuduh didapati me-lakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang membawa :hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun,” katanya.

Berikutan kesalahan itu, Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM8,000 serta menggantung lesen memandu tertuduh selama dua tahun.

“Kesalahan ini akan dicatat pada lesen memandu mulai hari ini (semalam) dan sekiranya tertuduh tidak mempunyai lesen, dia tidak dibenarkan mengambil lesen dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Sementara itu, Jusman berkata, tahun lalu 76 kali operasi lumba haram dijalankan manakala tahun ini sehingga September sebanyak 83 kali operasi sama diadakan.

“Di sini menunjukkan peningkatan operasi lumba haram, di mana penunggang motosikal didapati tidak serik mengulangi ke-salahan tersebut.

“Sehubungan itu saya memohon mahkamah supaya tertuduh dihukum pa-ling maksimum sebagai pe-ngajaran kepada yang lain,” katanya menyifatkan lumba haram bukan saja buang masa tetapi merugikan.

UCAPAN SIKIT

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

SALAM SEJAHTERA

Assalamualaikum... terima kasih kepada anda semua...kerana sudi bertandang ke blog ini yang tak seberapa...